Pendapatan Pasif

Wednesday, April 11, 2012

Cita-citaku, angan-anganku

..memang aku punya cita-cita cukup tinggi...nak kata angan-angan pun kira okay jugak la...aku tarak kisah pun....nak kata apo pun kato lah...ada aku kesah..

yang aku suka nak bercakap ini dalah mengenai persoalan yang berlegar-legar dalam kepala aku ni."kenapa sukan tenis kat malaysia ni malap/suram/padam?".

Haa..korang ade ke jawapannya? Kalau ada habaq mai la no..aku nak dengar juga pendapat korang.Sebagai seorang yang "gila tenis" aku rasa agak terkilan juga sebab tiada seorang pun rakyat Malaysia ni yang berjumlah lebih kurang 27 juta rakyatnya yang mampu dilatih/dididik untuk menjadi bintang tenis macam yang korang tengok kat blog aku ni. Kenapa dan mengapa?

Adakah mentaliti rakyat Malaysia itu sendiri yang mengatakan tenis dan golf itu adalah sukan untuk orang kaya saja? Ah...tenis aje...golf kita cerita dilain hari. Betul ker tenis itu untuk orang kaya saja? Ooopss..silap tu....tenis adalah sukan untuk sesiapa saja. Dalam bersukan tiada darjat atau kedudukan. Yang paling penting minat dan bakat. Itu aje...the rest akan menyusul...

Ok, berbalik kepada permasalahan tadi, aku masih blur ni. Kenapa ye. Adakah sebab tiada sebarang inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menceburi sukan tenis ni. Tiada dana kah untuk mengupah jurulatih untuk melahirkan pemain tenis profesional negara sebagaimana sukan bola sepak, badminton, sepak takraw dan olahraga? Kenapa tenis seolah-olah dianaktirikan oleh KBS? Mereka-mereka yang bertanggungjawab ini seolah-olah sukan tenis tiada tempat di Maaysia.

Kalau ada pun pemain tenis kat Malaysia ni boleh dikira lah berbanding dengan negara-negara lain yang begitu hebat.

Pelik lah di Malaysia ni apabila hanya menumpukan kepada pembangunan sukan-sukan terpilih sahaja sedangkan jika dikaji dengan teliti, sukan tenis ini cukup berprestij dan berpotensi besar untuk menaikkan ranking sesebuah negara. Tak percaya cuba perhatikan.....

Alasan fizikal pemain kita adak rendah dan kecil berbanding dengan negara-negara lain adalah tidak masuk akal sama sekali kerana apa yang pentng adalah latihan dan teknik-teknik yang betul.

Dah bertitik-tolak dari situ lah aku mula memasang cita-cita untuk memiliki Akademi Tenis sendiri untuk melatih sesiapa sahaja yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pemain tenis profesional. Setuju ker?

Jadi, jika ada sesiapa saja yang berminat nak join aku, aku persilakan dengan berlapang dada....jom kita miliki pasukan tenis yang hebat sebagaimana mereka yang lain.

Nak seribu daya, tak nak banyak lah dalih....

No comments:

Post a Comment

ROHAZARENKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates