Pendapatan Pasif

Tuesday, July 3, 2012

Wimbledon 2012

Menyaksikan No. 1 pulang lebih awal apabila ditewaskan oleh Sabini Lisicki pada Suku Akhir. Kini, peluang terbuka luas buat No. 2 (Victoria Azarenka) dan No. 3 (Agnieska Radwanska) untuk muncul sebagai The Champion 2012. tetapi, kedua-duanya terlebih dahulu perlu berdepan dengan lawan yang tak kurang hebatnya iaitu Serena William(No. 6) dan Angelique Kerbe(No. 8) pada peringkat Separuh Akhir. Pertemuan ini sudah pasti menjanjikan perlawanan yang agak hebat. Seperti yang diketahui, Serena mempunyai pukulan servis yang agak kencang yang mampu menumbangkan lawannya dengan beberapa ACES. Angelique Kerber, pemain yang sedang meningkat naik dari German pula agak lincah di gelanggang dan mampu menangkis apa jua bentuk serangan lawan. Pemain kidal ini agak agresif dan agak pintar dalam teknik permainannya. Victoria Azarenka, yang agak suram kebelakangan ini apabila kalah dalam beberapa perlawanan apabila berdepan dengan Maria Sharapova termasuk di Stuttgart, Madrid dan Rome kini kelihatan bangkit secara agresif untuk memperbaiki kedudukannya yang kini jatuh ke tanggan ke-2 ranking dunia. Begitu juga dengan Agnieska Radwanska yang mengalami nasib yang sama dengan No. 2 yang terlepas beberapa "title" untuk 2 atau 3 perlawanan sebelum ini termasuk kalah kepada Sara Errani di Terbuka Perancis. Dia juga dikesan mengalami keletihan ketika perlawanan. Kali ini, dia kelihatan bersemangat untuk kembali bangkit meneruskan kemaraannya di Wimbledon 2012. Sama-sama kita saksikan kehebatan pemain-pemain tenis dunia ini beraksi di pentas Semifinal dan Final.

No comments:

Post a Comment

ROHAZARENKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates