Pendapatan Pasif

Wednesday, April 11, 2012

Cita-citaku, angan-anganku

..memang aku punya cita-cita cukup tinggi...nak kata angan-angan pun kira okay jugak la...aku tarak kisah pun....nak kata apo pun kato lah...ada aku kesah..

yang aku suka nak bercakap ini dalah mengenai persoalan yang berlegar-legar dalam kepala aku ni."kenapa sukan tenis kat malaysia ni malap/suram/padam?".

Haa..korang ade ke jawapannya? Kalau ada habaq mai la no..aku nak dengar juga pendapat korang.Sebagai seorang yang "gila tenis" aku rasa agak terkilan juga sebab tiada seorang pun rakyat Malaysia ni yang berjumlah lebih kurang 27 juta rakyatnya yang mampu dilatih/dididik untuk menjadi bintang tenis macam yang korang tengok kat blog aku ni. Kenapa dan mengapa?

Adakah mentaliti rakyat Malaysia itu sendiri yang mengatakan tenis dan golf itu adalah sukan untuk orang kaya saja? Ah...tenis aje...golf kita cerita dilain hari. Betul ker tenis itu untuk orang kaya saja? Ooopss..silap tu....tenis adalah sukan untuk sesiapa saja. Dalam bersukan tiada darjat atau kedudukan. Yang paling penting minat dan bakat. Itu aje...the rest akan menyusul...

Ok, berbalik kepada permasalahan tadi, aku masih blur ni. Kenapa ye. Adakah sebab tiada sebarang inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menceburi sukan tenis ni. Tiada dana kah untuk mengupah jurulatih untuk melahirkan pemain tenis profesional negara sebagaimana sukan bola sepak, badminton, sepak takraw dan olahraga? Kenapa tenis seolah-olah dianaktirikan oleh KBS? Mereka-mereka yang bertanggungjawab ini seolah-olah sukan tenis tiada tempat di Maaysia.

Kalau ada pun pemain tenis kat Malaysia ni boleh dikira lah berbanding dengan negara-negara lain yang begitu hebat.

Pelik lah di Malaysia ni apabila hanya menumpukan kepada pembangunan sukan-sukan terpilih sahaja sedangkan jika dikaji dengan teliti, sukan tenis ini cukup berprestij dan berpotensi besar untuk menaikkan ranking sesebuah negara. Tak percaya cuba perhatikan.....

Alasan fizikal pemain kita adak rendah dan kecil berbanding dengan negara-negara lain adalah tidak masuk akal sama sekali kerana apa yang pentng adalah latihan dan teknik-teknik yang betul.

Dah bertitik-tolak dari situ lah aku mula memasang cita-cita untuk memiliki Akademi Tenis sendiri untuk melatih sesiapa sahaja yang berbakat untuk diketengahkan sebagai pemain tenis profesional. Setuju ker?

Jadi, jika ada sesiapa saja yang berminat nak join aku, aku persilakan dengan berlapang dada....jom kita miliki pasukan tenis yang hebat sebagaimana mereka yang lain.

Nak seribu daya, tak nak banyak lah dalih....

Beauty and Strong

Only pictures can tell you more than 1000 words...



....Maria Sharapova


....Victoria Azarenka


...Agnieszka Radwanska




Off Court : Earth Quake And Tsunami in Indonesia (April 11,2012)

EARTH QUAKE AND TSUNAMI in INDONESIA April 11,2012

Errmm..post kali ni kira off-court lah...menyimpang sikit...

A very powerful earthquake has struck near Sumatera Indonesia

Indonesia issues tsunami warning after 8.7 earthquake Jakarta: Indonesia issued a tsunami warning Wednesday after an earthquake with a preliminary magnitude ...


Di saat ini, terimbau kembali tragdei tsunami yang melanda Acheh dahulu yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa. Tersayat rasa hati ini bila mengenangkan semua itu.

Berita tsunami itu hanya aku ketahui pada waktu tengah hari, sewaktu membawa anak-anak membeli-belah di pasaraya.

Now, ianya kembali menghantui aku pada tsunami terdahulu. Kenapa aku terbayang-bayang nasib mangsa tsunami di Acheh, dan tidak nya pula pada tsunami yang melanda Jepun? Jangan berburuk sangka yer, mungkin...kemungkinan besar sebab Acheh adalah ramai saudara seagamaku dan Acheh pula adalah jiran tetangga yang paling dekat, jiran serumpun..kebudayaan, pertuturan dan juga adab hampir sama...mungkin sebab itu lah..bukan bermakna aku tiada rasa sedih pada mangsa di Jepun, cuma itu la..seperti aku cakap....

Di tv malam ini, tak henti-henti melaporkan tentang tsunami dan amaran. Jadi, patuhilah arahan agar menjauhi kawasan pantai keranan sebarang kemungkinan yang tidak kita jangka akan berlaku.

Sama-sama lah kita berdoa kepada Yang Maha Esa, agar dijauhkan kejadian yang tidak diingini.

Federation Cup (FedCup)


Jelena Jankovic, Ana Ivanovic, Bojana Jovanovski and Aleksandra Krunic will play for Serbia v Russia. Can they win and reach the final for the first time?

Monday, April 9, 2012

Menjana Income Berterusan dengan ClickBank



Apa itu CLICKBANK?

Saya pasti ramai sudah tahu apa itu clickbank tapi ramai yang masih lagi tak dapat hasil dengan clickbank. Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal dengan clickbank antaranya ialah:

1) Salah memilih produk - Ramai yang memilih produk yang salah. Bukanlah bermaksud produk yang dipilih tidak berkualiti tetapi kebanyakan memilih produk yan mempunyai persaingan yang tinggi seperti mempromosikan produk yang berkaitan dengan diet & weight loss, muscle building program, forex, make money.. kebanyak produk tersebut sangat-sangat tinggi persaingan.

2) Tidak mempunyai landing page yang mantap - Ramai yang tidak mementingkan kualiti landing page seperti kandungan yang dihasilkan. Perlu diingatkan bahawa landing page ini merupakan halaman untuk melakukan pra-jualan jadi amat penting sekali kita untuk mendapat kepercayaan pelawat supaya mereka melakukan pembelian.

3)Tidak fokus pada pemasaran yang dilakukan - Masalah ini juga melanda ramai orang terutama pada newbie yang baru ingin bermula. Mereka tidak fokus pada pemasaran yang ingin mereka lakukan sehingga berjaya mendapat hasil yang pertama. Kebanyakannya hanya berusaha sekerat jalan kemudian terus berhenti dari melakukan sebarang promosi lagi.

4)Mahu hasil yang cepat - ini lah antara masalah paling besar dihadapi oleh ramai orang. Buat duit secara online seperti melalui clickbank bukanlah satu cara untuk dapat hasil yang cepat. Usaha , trial & error sangat-sangat diperlukan sebelum boleh jana wang secara santai terutama melalui program-program internet seperti clickbank.



Sekiranya anda ingin jana wang melalui clickbank dengan kaedah pemasaran artikel & video, saya sarankan dapat ebook teknik clickbank oleh saudara Zyan..

Ya! Saya amat berminat

Monday, April 2, 2012

Public Tennis Courts in the Klang Valley

Kelana Jaya Sports Complex - Kelana Jaya

Court Type: Indoor/Outdoor, Hardcourt
No. of Courts:
Contact No:
Rate: RM10/2hours (Outdoor court).
* Bookings can only be made through walk-in only at MBPJ at Menara MBPJ, Petaling Jaya


PKNS Sports Complex - Kelana Jaya
Court Type: Outdoor, Hardcourt
No. of Courts: 5
Contact No:
Farizul - farizuly@gmail.com / 0122866863
Nizam - snz1155@gmail.com / 0176820620
Rate: RM5/Hour (Day) / RM10/Hour (Night)


Jalan Duta Tennis Complex - Jalan Duta, Bukit Tunku
Court Type: Indoor/Outdoor, Hardcourt
No. of Courts:
Contact No:
Rate: Outdoor (RM6/hour), Indoor (RM12/hour)


Titiwangsa Sports Complex - Jalan Tembeling, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Court Type: Outdoor, Hardcourt
No. of Courts: 10
Contact No:


Astaka Sports Center - Seksyen 52, Petaling Jaya
Court Type: Outdoor, Hardcourt
No. of Courts: 3
Contact No:


The Club - Bandar Utama
Court Type: Indoor, Artificial Grass
Contact No: 03-77255199
Booking Instruction:

  1. Sign up as a member of The Club by paying RM600+6% tax/annum if you are a resident of Bandar Utama OR RM1,000+6% tax/annum if you are not a resident of Bandar Utama.
    Benefits include: Advance booking and free court usage subject to court availability.
  2. Sign up for the OneCard by 1Utama by paying RM10/annum.
    Drawback: Court reservations can only be done for and on the playing day; No advance bookings allowed. Court rental charges is at RM26/hour. Payment is made through OneCard. The OneCard is like a reload or prepaid card. Whenever you wanna use the courts or make bookings, you must top-up the required amount to use it.
# This list will be updated as and when information are made available to me.

Asas Dan Teknik Bermain Tenis

Pengenalan

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan.

Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Jaring

Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

Bola

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Pakaian Pemain

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.


CARA BERMAIN

Memilih raket

Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

  • Saiz gengaman tangan
  • Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis.

Cara memegang raket tenis

Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.

Tempoh permainan

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

Cara mendapatkan mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.

Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata.

Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya.

Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya.

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

ROHAZARENKA © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates